Piagam Pelanggan
Melaksanakan projek-projek dan program-program PERZIM dengan berkualiti dan praktikal bagi memenuhi keperluan semasa mengikut jadual yang ditetapkan.
Menghebahkan kepada orang ramai mengenai projek-projek dan program-program PERZIM yang berjadual sekurang-kurangnya sebulan sebelum bermula.
Mempersembahkan pameran-pameran di muzium-muzium atau di tempat-tempat lain dengan kualiti yang tinggi.
Memberi layanan yang terbaik dan memuaskan kepada pengunjung-pengunjung yang mengunjungi muzium-muzium dan juga ke tempat-tempat pameran.
Memastikan pengurusan pejabat dan kewangan PERZIM berkualiti, berkesan dan berjalan mengikut garispandu yang ditetapkan.
Memastikan semua kemudahan-kemudahan seperti Dewan Besar PERZIM, bilik-bilik stor, khemah dan lain-lain dijaga dengan sempurna.
Memastikan setiap pertanyaan ataupun aduan diambil tindakan dalam masa dua hari selepas dilaporkan.
Memastikan surat-surat dijawab dalam tempoh satu minggu.
