.: Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Muzium Melaka:.
 
 



PENGENALAN

Sebut sahaja Melaka, terbayang di fikiran, sebuah negeri bersejarah yang mempunyai keunikan tersendirl. Umum telah mengetahui bahawa sejarah Malaysia berakar umbi dari bumi bertuah ini sejak 600 tahun lampau. Kecemerlangan dan kemakmuran masa silamnya membuatkan Melaka terkemuka zaman-berzaman menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari Timur dan Barat serta menjadi sebutan di kalangan kuasa Portugis, Belanda dan Inggeris.

Apakah rahsia di sebalik kunjungan Laksamana Cheng Ho ke Melaka? Apa pula hikmah perkahwinan Parameswara dengan Puteri Pasai?

Kewujudan bangsa Melayu sebagai teras serta komuniti lain termasuk Baba Nyonya, Chetti dan Portugis hasil daripada pertembungan pengaruh dan budaya telah mewarnakan catatan sejarah di samping memperagakan ragam budaya yang menarik di bumi Melaka.

Melaka kaya dengan tempat-tempat yang menarik dan bersejarah. Dalam usaha menambahkan daya tarikan, maka muzium-muzium telah ditubuhkan sebagai gedung koleksi peradaban bagi mengekalkan warisan, memupuk semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia dan memenuhi citarasa pengunjung yang dahagakan ilmu pengetahuan.

Kesemuanya ini akan menyempurnakan misi menjadikan Melaka sebagai negeri pemuziuman. Kesan peninggalan yang ada berupaya mencetuskan minat para pengkaji dan pencinta sejarah. Sesungguhnya, sejarahnya telah membangkitkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang betapa masyhurnya Melaka di mata dunia.

 
 
 

   
STATISTIK PEKAWAT PERCUM 2008-2009

>> masuk

CARTA HARGA TIKET DAN WAKTU OPERASI MUZIUM-MUZIUM

 

 

  Penafian: Kerajaan Negeri Melaka dan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.  
  PERBADANAN MUZIUM MELAKA
Kompleks Warisan Melaka
Jalan Kota, 75000
Melaka
Tel: 06-2826526/2811289
Faks: 06-2826745
admin@perzim.gov.my
 
Anda Pengunjung ke:   
View My Stats
Terakhir Dikemaskini: 04/24/2012 02:53 PM
 

© Hakcipta Terpelihara
Perbadanan Muzium Melaka

Maklumat Terkini

 

+++

PAMERAN SOLO KHADIJAH HASHIM

Pameran Solo Lukisan Khadijah Hashim:Warna Alam sedang berlangsung di Lobi Muzium Sejarah dan Ethnografi mulai 15 April 2012 hingga 31 Mei 2012. Pameran yang bertemakan Warna Alam ini amat menarik dan menyeronokkan untuk dilihat. Jangan lepaskan peluang ini. Maklumat lanjut sila hubungi 06-2841934 (Puan Syahidah).

+++

PAMERAN SOLO LUKISAN LEE WAH ART

Pameran Solo Lukisan Lee Wah Art: Orang @ People sedang berlangsung di Lobi Muzium Sejarah dan Ethnografi mulai 2 April 2012 hingga 9 Mei 2012. Pameran yang bertemakan Orang atau “People” ini amat menarik dan menyeronokkan untuk dilihat. Jangan lepaskan peluang ini. Maklumat lanjut sila hubungi 06-2841934 (Puan Syahidah).

+++

PERZIM KE ARAH PENSIJILAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S

TAHNIAH diucapkan kepada semua warga PERZIM di atas pengiktirafan Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S yang diterima daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC). "Bekerjasama Mencapai Matlamat".

+++

GALERI GOLF MELAKA

+++

 BERITA

Galeri Demang Abdul Ghani (Merlimau) telah dibuka kepada orang ramai mulai 26 Disember 2011. Muzium Kapal Selam  dibuka pada 1 Jan 2012. Tuan/Puan dijemput datang menyaksikannya sendiri. Harap maklum.

 +++

 

PERKHIDMATAN PEMANDU PELANCONG

Perkhidmatan pemandu pelawat dalam muzium untuk golongan bisu dan cacat pendengaran akan diadakan. Nantikan perkembangannya. harap maklum.

+++

PENUTUPAN MUZIUM

Muzium Rakyat akan ditutup dari 5 September 2011 sehingga Ogos 2012 bagi kerja-kerja naiktaraf. Harap maklum

+++

+++

 HERITAGE SLEEPOVER - Night In The Museum

Bermalam di muzium sambil mengikuti beberapa pakej yang ditawarkan. Maklumat lanjut sila hubungi PERZIM (06-2827464/2826526 - Puan Rohani) atau NAZA Hotel, Melaka (06-2882288). >> Maklumat lanjut

     

 



MELAKA TENGAH | ALOR GAJAH | JASIN

 
 
 
 

Perutusan KhasDari Pengurus BesarRangkaian MuziumStatistik PelawatCahaya dan BunyiTapak BersejarahPakej Pelancongan PelajarLawatan Berpandu MuziumMengenai PERZIMPautanMaklum Balas

 



1 MALAYSIA
MELAKA MAJU 2010
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

     

 


View Perbadanan Muzium Melaka in a larger map

Direktori e-Mail Pegawai

   

PERZIM Webmail Manager

ISO 9001-2008MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIAWe Love Museum!