Gereja St. Paul, Jalan Kota

Gereja Khatolik yang tertua ini asalnya hanya sebuah 'chapel' yang kecil di bina di atas Bukit Melaka oleh seorang Kapitan Portugis, Duarto Coelha pada tahun 1521. Pembinaan 'chapel' ini adalah untuk mengingati Mary atau dikenali juga sebagai 'Our Lady of the Hill' (Nosa Senhora Do Oiteiro) kerana beliau telah terselarnat dari mati di Laut China Selatan. Paderi Francis Xavier telah tinggal di sini setiap kali beliau melawat Kota Melaka di antara tahun (1545-1553) dan jasad beliau telah disemadikan buat sementara waktu di sini selama 9 bulan. Pada tahun 1556, bangunan ini telah diperbesarkan menjadi dua tingkat dan dinamakan Gereja 'Annuciation' dan pembinaannya memakan masa selama 12 tahun. Pada tahun 1590, sebuah menara telah didirikan di atas pintu gerbang untuk tujuan pertahanan. Pada tahun 1641, pihak Belanda telah menukar namanya kepada Gereja St. Paul dan Bukit St. Paul mengambil sempena nama gereja tersebut.

 
       
   
 
   
 
       
       
       

 

Maklumbalas  |  Hubungi Kami  |  Peta Laman  |

© Hakcipta Terpelihara
Perbadanan Muzium Melaka