Galeri Seni Rakyat
- Galeri Seni Rakyat yang terletak di bangunan Lot 74, Jalan Laksamana, Melaka adalah cetusan idea Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob. Galeri ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka pada 28 Jun 2008. Ianya terbahagi kepada dua tingkat yang mempamerkan lukisan, karya seni dan ukiran masyarakat berbilang kaum di Melaka yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Portugis, Chetti dan Orang Asli.
