Galeri Laksamana Cheng Ho
- Galeri Laksamana Cheng Ho diilhamkan daripada kisah tokoh pelayar agung China iaitu Laksamana Cheng Ho (Zheng He) yang telah dilahirkan pada tahun 1371 di Kampung Hedai di Wilayah Yunnan. Galeri ini memaparkan kisah pelayaran beliau serta kejayaan menjalinkan hubungan diplomatik serta perdagangan di antara China, negara-negara Afrika dan Asia. Koleksi bahan pameran terdiri daripada porselin, model kapal, koleksi buku dan artikel-artikel berkaitan tokoh pelayar agung tersebut.
