Galeri Golf
- Inspirasi penubuhan Galeri Melaka dicetuskan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob yang amat meminati sukan golf dan melalui sokongan yang padu, hasrat ini direalisasikan oleh Kerajaan Negeri Melaka melalui Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) pada tahun 2011. Masyarakat umumnya masih kurang mengenali sukan golf. Sukan golf di Malaysia pada hari ini masih dianggap asing dan terhad kepada golongan elit. Usaha menubuhkan galeri ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dan dijadikan pusat rujukan, maklumat dan pameran berkaitan golf terutama sekali di Melaka. Kewujudan Galeri Golf Melaka ini dilihat amat bertepatan dengan aspirasi kerajaan untuk menyemarakkan lagi sukan golf di negara ini dan memberi peluang kepada semua masyarakat mengenalinya dengan lebih dekat. Di samping itu usaha ini juga dibuat bagi membantu Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri Melaka menjadikan Negeri Melaka sebagai ‘Destinasi Pilihan Golf’ di rantau ini.
