Galeri Balai Polis Batang Tiga
- Galeri Pondok Polis Batang Tiga ditubuhkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah dibuka kepada orang ramai pada 17 Januari 2011. Galeri ini terletak kira-kira 5 km daripada Pusat Bandaraya menuju ke arah Klebang dan Bukit Rambai serta berhadapan dengan Balai Polis Batang Tiga, Melaka. Bangunan galeri ini dipercayai dibina pada awal tahun 1900 semasa zaman pemerintahan British iaitu kira-kira 50 tahun selepas penubuhan Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat.
- Dipercayai bangunan ini juga telah menempatkan lebih kurang lima hingga enam orang anggota pada satu-satu masa dan salah seorang daripadanya ialah Allahyarham Datuk Usman Awang (Sasterawan Negara) sekitar akhir tahun 1940-an. Terdapat juga sudut maklumat mengenai tokoh tersebut diruang pameran ini selain daripada buku-buku yang telah ditulis oleh beliau.
- Selain itu, terdapat juga beberapa peralatan yang pernah digunakan oleh Pasukan Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sebagai bahan pameran dan juga maklumat berkaitan dengan pasukan ini.
