Galeri Balai Seni Lukis Melaka
- Balai Seni Lukis Melaka ditempatkan di aras satu, bangunan Muzium Belia Malaysia. Galeri ini mempamerkan sejumlah lukisan serta arca dari pelbagai teknik media dan tema hasil karya pelukis-pelukis terkemuka tanah air dan luar negara. Semua hasil seni yang dihimpunkan di balai ini menjadi destinasi terbaik untuk menghayati karya seni.
