Laman Utama
Perutusan Khas
Dari Pengurus Besar
Rangkaian Muzium
Cahaya dan Bunyi
Tapak Bersejarah
Pakej Pelancongan Pelajar
Lawatan Berpandu Muzium
Mengenai PERZIM
Maklum Balas
Pautan
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
   
 
   
   


GALERI KETUA MENTERI MELAKA

Galeri Ketua Menteri Melaka (GKMM) yang terletak di Bukit Peringgit, Melaka telah ditubuhkan atas saranan kerajaan negeri Melaka yang mempamerkan sejarah Ketua Menteri Melaka yang pertama sehingga Ketua Menteri Melaka yang terkini iaitu Y.A.B Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam. Bangunan ini pernah menjadi kediaman rasmi YAB Ketua Menteri Melaka sejak dari tahun 1972 sehingga 2005 dan telah diubahsuai menjadi galeri setelah bangunan kediaman rasmi Ketua Menteri yang baru telah siap dibina.

Galeri yang mempamerkan ruang asal bangunan semasa didiami oleh Ketua Menteri Melaka bersama keluarga ini termasuk ruang kerja, bilik tidur, ruang tamu serta ruang ilham. Ia juga turut memberi pelbagai info berguna mengenai latar belakang, jasa serta sumbangan yang telah diberikan oleh Ketua Menteri semasa menerajui Melaka melalui panel yang disediakan. Turut dipamerkan adalah hadiah, cenderahati dan koleksi peribadi Ketua Menteri.

Dengan kewujudan galeri ini, pelawat berpeluang merasai suasana sebenar kediaman seorang pemimpin kerana keseluruhan ruang termasuk perabot merupakan koleksi asal Ketua Menteri Melaka seperti pakaian, katil, sofa, meja dan sebagainya. Galeri ini merupakan pusat rujukan utama jika ingin mengkaji mengenai institusi Ketua Menteri serta melihat suasana kediaman seorang pemimpin.

DEWASA
KANAK-KANAK /PELAJAR
WAKTU OPERASI
RM2.00
RM0.50
9.00 pagi - 5.30 petang
(Dibuka pada setiap hari)

 

 
   
 
 
       
       

Muzium Sejarah dan Ethnografl      
Muzium Sastera      
Muzium Pendidikan Melaka      
Muzium Yang di-Pertua Negeri      
Muzium Pemerintahan Demokrasi      
Galeri Laksamana Cheng Ho         
Muzium Belia      
Balai Seni Lukis Melaka      
Galeri Seni Rakyat      
Muzium Samudera      
Muzium TLDM      
Muzium Samudera Fasa II      
Kapal Ex-KD Sri Terengganu      
Muzium Al-Quran Melaka      
Muzium Chetti      
Muzium Rakyat      
Muzium Kecantikan      
Muzium Layang-layang      
Galeri 3D      
Muzium Setem  Melaka      
Muzium Islam Melaka      
Galeri Ketua Menteri Melaka      
Galeri Melaka      
Istana Kesultanan Melaka      
Muzium Dunia Melayu Dunia Islam      
Muzium Orang Asli, Ayer Keroh        
Muzium Adat Istiadat, Alor Gajah      
Muzium Pertanian, Jasin      
         
         
 
Maklumbalas  |  Hubungi Kami  |  Peta Laman  |

© Hakcipta Terpelihara
   Perbadanan Muzium Melaka