|
GALERI DATUK WIRA BORHAN BIN MD. YAMAN
Ketokohan dan semangat juang yang ada dalam diri anak
jati Melaka dalam memperjuangkan kemerdekaan dan semangat cintakan
tanah air, serta mendaulatkan bahasa melayu dan kekentalan jiwa
seorang pendidik telah mencipta sejarah kepada negeri Melaka. Beliau
yang lebih dikenali dengan nama penanya BURMY atau nama sebenarnya
Borhan bin Md. Yaman merupakan seorang pendidik, pejuang politik dan
juga penulis yang dikenali di Melaka.

Datuk Wira Haji Borhan bin Md. Yaman merupakan anak
kelahiran Kampung Lubuk Redan, Kuala Sungai Baru pada 7 April 1929
dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Lubuk Redan hingga ke
Maktab Perguruan Bahasa Bukit Senyum, Johor Bahru.
Pelbagai sumbangan yang telah beliau berikan kepada
negeri dan negara yang tidak boleh disangkal. Sehubungan dengan itu,
adalah diharapkan dengan penubuhan galeri yang terletak di aras 1,
Muzium Rakyat, Kecantikan dan Layang-layang, Jalan Kota, Melaka ini
dapat mengangkat martabat anak jati Melaka di mata generasi masa
kini dan akan datang.
Harga tiket yang dikenakan adalah sebanyak RM2.00
untuk dewasa dan RM0.50 sen bagi kanak-kanak yang mana ianya adalah
merangkumi harga tiket untuk ke Muzium Rakyat, Kecantikan dan
Layang-layang itu sendiri.
Antara
objektifnya adalah:
-
Memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada
Datuk Wira Haji Borhan bin Md. Yaman yang banyak memberi
sumbangan kepada Melaka.
-
Memberi penghargaan kepada peranan dan khidmat
bakti yang telah diberikan oleh beliau dalam memajukan Melaka.
-
Menyebarkan semangat waja yang ada dalam jiwa
Datuk Wira Haji Borhan bin Md.Yaman kepada generasi muda masa
kini agar menghargai segala sumbangan yang telah beliau
berikan.

|
DEWASA |
KANAK-KANAK
/PELAJAR |
WAKTU OPERASI |
|
Sama
dengan tiket masuk Muzium Rakyat |
9.00 pagi - 5.30 petang |
|