|
GALERI TAN SRI DATUK WIRA HJ. ABD. AZIZ BIN TAPA
Peranan, sumbangan dan khidmat bakti yang telah
dicurahkan oleh Y. Bhg. Tan Sri Datuk Wira Haji Abdul Aziz bin
Tapa terhadap Melaka memang tidak dapat disangkal lagi.
Ketokohan beliau sebagai salah seorang tokoh politik yang
disegani dan disenangi oleh setiap pemimpin terserlah apabila
setiap pidato dan kata-kata beliau dijadikan sebagai panduan
oleh pemimpin generasi terdahulu hingga kini.
Sehubungan dengan itu, galeri khusus tentang beliau
yang ditempatkan di aras bawah Muzium Rakyat, Kecantikan dan
Layang-layang, Jalan Kota, Melaka ini memaparkan secara ringkas
peranan dan sumbangan beliau terhadap negeri Melaka. Selain dari
itu, digaleri ini juga bahan-bahan peribadi milik Y. Bhg. Tan Sri
Datuk Wira Haji Abdul Aziz bin Tapa turut dipamerkan kepada pelawat.
Harga tiket yang dikenakan adalah sebanyak RM2.00
untuk dewasa dan RM0.50 sen bagi kanak-kanak yang mana ianya adalah
merangkumi harga tiket untuk ke Muzium Rakyat, Kecantikan dan
Layang-layang itu sendiri.
Antara
objektifnya adalah:
-
Sebagai sumbangan yang telah dicurahkan oleh Y.
Bhg. Tan Sri Datuk Wira Haji Aziz bin Tapa kepada negeri
dan negara.
-
Mempelbagaikan lagi koleksi khazanah di PERZIM
hasil sumbangan tokoh yang telah banyak berjasa.
-
Pengiktirafan terhadap seorang tokoh negeri
Melaka.

|
DEWASA |
KANAK-KANAK
/PELAJAR |
WAKTU OPERASI |
|
Sama
dengan tiket masuk Muzium Rakyat |
9.00 pagi - 5.30 petang |
|