Laman Utama
Dari Pengurus Besar
Rangkaian Muzium
Statistik Pelawat
Cahaya dan Bunyi
Tapak Bersejarah
Pakej Pelancongan Pelajar
Lawatan Berpandu Muzium
Mengenai PERZIM
Maklum Balas
Pautan
 
 
 
 
     
   


Soalan-Soalan Lazim (FAQ)

Apakah yang dimaksudkan dengan muzium?
Perkataan muzium diambil dari istilah muse yang berasal dari Muses iaitu sembilan orang anak perempuan dewa Zeus mengikut mitologi Yunani Dewa Zeus dikatakan menjaga hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan, keagamaan, pendidikan, kesenian, tragedi dan astronomi. Berasaskan mitologi ini wujud istilah museion dalam bahasa Yunani yang bermaksud tempat tinggal muses. Di Malaysia muzium merupakan sebuah institusi pendidikan umum menyibarkan maklumat mengenai sejarah, kebudayaan dan alam semulajadi. Aktiviti-aktiviti yang di kendalikan oleh muzium-muzium di negara ini merupakan salah satu usaha yang diharap dapat membantu negara membina dan memperkukuhkan jati diri masyarakat di samping menjadi daya tarikan pelancong.


Apakah jenis panggilan telefon yang kerap diterima dari orang awam mengenai PERZIM?
Panggilan telefon yang kerap diterima oleh operator telefon JMM ialah bertanya tentang pameran semasa dan penentuan asal-usul sesuatu bendapurba.


Bagaimanakah prosedur mendapatkan perkhidmatan lawatan berpandu ke muzium-muzium di PERZIM?
Pihak yang berminat mendapatkan lawatan berpandu boleh menghubungi pihak muzium/galeri yang ingin dilawati dan memaklumkan keperluan lawatan berpandu beserta tarikh, masa dan bilangan peserta lawatan berpandu.


Adakah pihak PERZIM menerima sumbangan koleksi artifak peribadi untuk dipaparkan di muzium/galeri.
Ya. Pihak Jabatan Muzium Malaysia menerima sumbangan koleksi artifak daripada orang ramai/organisasi. Sila berhubung dengan Bahagian Pendaftaran, Jabatan Muzium Malaysia untuk urusan sumbangan koleksi artifak.


Berapakah jumlah bilangan muzium di seluruh Malaysia?
Dianggarkan kira-kira 150 buah muzium.


Bagaimanakah muzium-muzium di Malaysia diklasifikasikan?
Muzium-muzium di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada:

1.Muzium Persekutuan

2.Muzium Negeri

3.Muzium Institusi/Jabatan

4.Muzium Swasta

5.Muzium Persendirian

Apakah itu konservasi?
Suatu tindakan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memanjangkan tempoh hayat sesuatu elemen atau sekumpulan elemen baru atau rosak, stabil atau tidak stabil terhadap warisan sejarah supaya mesej yang hendak disampaikan dapat dipamerkan kepada masyarakat.
 

 

 
       
       

 
 
Maklumbalas  |  Hubungi Kami  |  Peta Laman  |

© Hakcipta Terpelihara
 Perbadanan Muzium Melaka