Sejarah Ringkas Masjid-Masjid di Negeri Melaka

Sejarah Ringkas Masjid-Masjid di Negeri Melaka

Hits: 312

Masjid merupakan tempat beribadat umat Islam. Bukan sahaja digunakan untuk mendirikan solat, malah pelbagai program keagamaan diadakan di dalam masjid.

Di negeri Melaka, masjid yang tertua didirikan sejak zaman Belanda lagi, antaranya ialah masjid Kampung Hulu, masjid Kampung Kelingh dan masjid Tengkera. Lain-lain masjid di Melaka dilihat dibangunkan pada awal 1900 hingga 1940-an. Pada masa ini dilihat masjid-masjid dibina umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Di sini boleh dirumuskan bahawa pada tahun-tahun tersebut agama Islam mula berkembang dengan pesatnya di negeri ini.

Dari aspek seni binanya pula, masjid-masjid di Melaka khususnya masjid-masjid tradisional mempunyai seni bina yang unik dengan menonjolkan campuran seni bina pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina dan India. Ini menunjukkan bahawa pada ketika dahulu, kehidupan rakyat berbilang bangsa hidup dalam aman, harmoni dan saling berganding bahu dalam pelbagai perihal.

Pameran Maya Sejarah Masjid-Masjid di Melaka ini memaparkan 15 buah masjid terpilih dalam negeri melaka yang mempunyai sejarah dan seni bina yang unik. Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk menyampaikan informasi kepada masyarakat tentang sejarah ringkas dan keindahan seni bina masjid-masjid di dalam negeri Melaka.

#CintaiMuziumGaleriMelaka #PerzimSejahtera #BerkhidmatUntukNegara #WarisanTerasWawasan #MelakaMajuJaya #RakyatBahagiaMenggamitDunia #DreamNowTravelLater #ShareDreamTogether #MelakaMyFirstDestination #LookUpMelaka #MelakaSafeHaven #CutiCutiMalaysia #TourismMelaka #MelakaTravelNow #RestartTourism #MelakaIsThePlaceToBe #kitajagakita