Santai Puisi @ Muzium Sastera Melaka

Hits: 6

Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dengan kerjasama Ikatan Persuratan Melayu Melaka dan juga Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dan Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan program Santai Puisi de Muzium Sastera Melaka pada 14 November 2018 ( Rabu) mulai jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Muzium Sastera Melaka, Kompleks Warisan, Jalan Kota Melaka.

Objektif program ini adalah untuk menarik minat masyarakat khususnya generasi muda terhadap bidang sastera yang juga penting dalam era kemajuan kini. Program sebegini juga dirangka bagi meluaskan khalayak sastera dalam praktis dan penghasilan karya-karya yang berkualiti melalui penubuhan Muzium Sastera Melaka. Jalinan kerjasama yang diadakan juga adalah dalam rangka mempromosikan peranan muzium selain memperluas dan memeriahkan lagi perkembangan dunia sastera di Melaka yang tidak kurang hebat dari segi sejarahnya.

Berikut disertakan puisi-puisi pilihan untuk para peserta yang akan memasuki pertandingan:

Selamat Menyertai. Semoga Berjaya.

Bil. Pilihan Lihat
1 Pilihan Sajak Sekolah Menengah
2 Pilihan Syair Sekolah Menengah
3 Pilihan Sajak Sekolah Rendah
4 Pilihan Syair Sekolah Rendah