FORGOT YOUR DETAILS?

CREATE ACCOUNT

Message from General Manager

Assalamualaikum w.b.t.

Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 753 tahun, Melaka Maju Fasa 2.

Perbadanan Muzium Melaka merupakan pakar rujuk dan pusat pendidikan umum dalam usaha memulihara serta menyebarkan maklumat mengenai sejarah, kebudayaan dan alam semulajadi yang diharap dapat membantu, membina dan memperkukuhkan jati diri masyarakat disamping menjadi daya tarikan kepada para pelancong.

Justeru, Pihak PERZIM berazam untuk terus mempertingkatkan kualiti kerja dan perkhidmatan jabatan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan demi memastikan pembangunan institusi permuziuman seiring dengan industri pelancongan di Melaka.

Jika suatu masa dahulu muzium dikaitkan dengan pameran artifak yang membosankan, kini PERZIM melangkah ke era kecanggihan ICT melalui penggunaan teknik peragaan pameran interaktif (3D) dan penggunaan QR Code yang membolehkan capaian maklumat dibuat hanya dihujung jari sepertimana yang terdapat di Hang Tuah Centre (HTC).

Saya mewakili seluruh wargakerja PERZIM mengambil kesempatan ini, merakamkan jutaan terima kasih kepada para pelancong seantero dunia kerana menjadikan muzium sebagai destinasi pelancongan wajib ketika berada di Melaka dan selamat menyambut tahun 2015/1435 hijrah.

Terima kasih kerana melayari laman web Perbadanan Muzium Melaka.

“Warisan Teras Wawasan“

DATUK HAJI KHAMIS BIN HAJI ABAS
Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka

TOP