FORGOT YOUR DETAILS?

CREATE ACCOUNT

Message from Chairman

Assalamualaikum w.b.t.

Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 tahun, Melaka Maju Fasa 2.

Selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja PERZIM di atas usaha yang tidak mengenal erti jemu memajukan institusi permuziuman melalui jaringan kerjasama antara badan korporat, swasta, NGO mahupun sektor awam demi memastikan khazanah bangsa terpelihara untuk generasi akan datang.

Kaedah dan formula ini dilihat sebagai saluran terbaik ke arah meningkatkan kunjungan pelancong ke PERZIM melalui pertambahan jumlah muzium dan galeri yang mencapai angka 37 buah sehingga ke hari ini, ia turut disokong dengan hasrat kerajaan negeri yang meletakkan matlamat 20 juta orang pelancong berkunjung ke Melaka pada tahun 2020.

Dikesempatan ini, saya mendoakan PERZIM akan terus mengecapi kejayaan di masa akan datang dan bersedia menerima sebarang cabaran demi menjadi sebuah institusi pemuziuman bertaraf antarabangsa yang begitu unggul dan disegani oleh segenap lapisan masyarakat.

Selamat Menyambut Tahun 2015/1435 hijrah.

DATUK WIRA HAJI HAMDIN BIN ABDOLLAH
Pengerusi Lembaga Pengarah PERZIM

TOP