×

WAKTU OPERASI PEJABAT

Isnin : 9.00am - 5.00pm
Selasa : 9.00am - 5.00pm
Rabu : 9.00am - 5.00pm
Khamis : 9.00am - 5.00pm
Jumaat : 9.00am - 5.00pm
Sabtu : TUTUP
Ahad : TUTUP

WAKTU OPERASI MUZIUM

Isnin : TUTUP
Selasa : 9.00am - 5.30pm
Rabu : 9.00am - 5.30pm
Khamis : 9.00am - 5.30pm
Jumaat : 9.00am - 5.30pm
Sabtu : 9.00am - 5.30pm
Ahad : 9.00am - 5.30pm

FORGOT YOUR DETAILS?

Kronologi

1954

Penubuhan Muzium Negeri Pertama dilaksanakan di bawah Enakmen Lembaga Muzium Melaka 1954.

1982

Muzium Sejarah di Bangunan Stadthuys dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 17 Disember 1982

1984

Muzium Sastera dirasmikan oleh Y.A.B Ketua Menteri pada 1 Februari. Pindaan Enakmen Lembaga Muzium Melaka 1954. (Tujuan penting ialah untuk mewujudkan jawatan Ketua Eksekutif Lembaga Muzium Melaka iaitu Kurator).

1986

Muzium Budaya dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 17 Julai. Bangunan Stadthuys ditutup untuk kerja-kerja restorasi.

1990

Perasmian Muzium Daerah Alor Gajah dan Jasin oleh Y.A.B Ketua Menteri Melaka.

1992

Perasmian Muzium Sejarah & Ethnografi dan Muzium Rakyat dan Muzium Belia Malaysia pada 15 April 1992 oleh Y.A.B. Perdana Menteri. Pindaan Enakmen Lembaga Muzium Melaka 1954 (pindaan 1984) kepada Enakmen Perbadanan Muzium Melaka No. 11 tahun 1992. (Membolehkan PERZIM menjadi sebuah badan berkanun yang berdaya maju dan dapat memajukan bidang permuziuman dalam konteks pernbangunan, pendidikan dan pelancongan di Negeri Melaka). (Mewujudkan jawatan baru Ketua Eksekutif PERZIM iaitu Pengurus Besar)

1993

1 Mac 1993 - Tarikh kuatkuasa Enakmen Perbadanan Muzium Melaka.

1994

Perasmian Muzium Samudera (replika Kapal Flor de Lamar) pada 13 Jun 1994 oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia.

1995

Perasmian Muzium Sastera oleh TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 27 Mei 1995.

Muziurn Layang-layang dirasmikan oleh Y.A.B Ketua Menteri pada September 1996 sempena dengan perasmian Seminar Adat Melayu Serantau.

1996

Pembukaan Muzium Kecantikan dan Muzium TLDM.

1997

Pembukaan Muzium Orang Asli pada 3 Februari 1997.

2000

Perasmian Kompleks Muzium Maritim dan Penyerahan Rasmi Muzium TLDM dan bekas KD Sri Terengganu oleh Y.A.B. Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam pada 10 Februari 2000. Pra-Pembukaan Pusat Seni yang dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi PERZIM, Y.Bhg Datuk Nasir bin Haji Manap sempena Pameran Wajah-Wajah Malaysia oleh Balai Seni Lukis Negara pada 15 April 2000. Perasmian Pra-Pembukaan Muzium Islam Melaka oleh Y.A.B Ketua Menteri Melaka pada 24 Disember 2000.

2001

Muzium Islam Melaka dibuka kepada pelawat pada 14 April 2001

2002

Pembukaan 2 lagi muzium baru iaitu Muzium Tuan Yang Terutama (TYT) dan Muzium Pemerintahan Demokrasi oleh YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka.

2003

Muzium Pendidikan Negeri Melaka dibuka kepada pelawat pada tahun 2003

2004

Galeri Laksamana Cheng Ho dibuka pada 10 Januari 2004

2005

Galeri Ketua Menteri Melaka dibuka pada tahun 2005

2006

Balai Seni Lukis Melaka, Galeri Tan Sri Datuk Wira Aziz Tapa & Muzium Dunia Melayu Dunia Islam

2007

Muzium Setem Melaka

2008

Galeri Seni Rakyat & Galeri Sawahlunto (Bangunan DMDI)

2010

Galeri Datuk Wira Borhan Mat Yaman

2011

Muzium Kapal Selam & Galeri Demang Abdul Ghani

2012

Galeri Golf Negeri Melaka

2013

Hang Tuah Center & Galeri Eurasian

PRESENT
TOP Skip to content