FORGOT YOUR DETAILS?

CREATE ACCOUNT

Background of PERZIM

Sebut sahaja Melaka, terbayang di fikiran, sebuah negeri bersejarah yang mempunyai keunikan tersendirl. Umum telah mengetahui bahawa sejarah Malaysia berakar umbi dari bumi bertuah ini sejak 600 tahun lampau. Kecemerlangan dan kemakmuran masa silamnya membuatkan Melaka terkemuka zaman-berzaman menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari Timur dan Barat serta menjadi sebutan di kalangan kuasa Portugis, Belanda dan Inggeris.

Apakah rahsia di sebalik kunjungan Laksamana Cheng Ho ke Melaka? Apa pula hikmah perkahwinan Parameswara dengan Puteri Pasai?

Kewujudan bangsa Melayu sebagai teras serta komuniti lain termasuk Baba Nyonya, Chetti dan Portugis hasil daripada pertembungan pengaruh dan budaya telah mewarnakan catatan sejarah di samping memperagakan ragam budaya yang menarik di bumi Melaka.

Melaka kaya dengan tempat-tempat yang menarik dan bersejarah. Dalam usaha menambahkan daya tarikan, maka muzium-muzium telah ditubuhkan sebagai gedung koleksi peradaban bagi mengekalkan warisan, memupuk semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia dan memenuhi citarasa pengunjung yang dahagakan ilmu pengetahuan.

Kesemuanya ini akan menyempurnakan misi menjadikan Melaka sebagai negeri pemuziuman. Kesan peninggalan yang ada berupaya mencetuskan minat para pengkaji dan pencinta sejarah. Sesungguhnya, sejarahnya telah membangkitkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang betapa masyhurnya Melaka di mata dunia.

TOP