Perzim Adakan Taklimat Pendidikan Muzium di SK Kelebang Besar

Hits: 8

Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) melalui Unit Promosi telah ke Sekolah Kebangsaan Kelebang Besar bagi mengadakan taklimat pendidikan muzium hari ini.

Lebih 200 orang pelajar tahun 4 hingga 6 terlibat dalam sesi taklimat ini dengan beberapa acara lain turut diadakan seperti kuiz, pameran dan aktiviti menyumpit.

Matlamat utama program ini dijalankan adalah untuk memupuk minat pelajar untuk menjadikan muzium sebagai salah satu pusat sumber rujukan selain pendidikan formal di sekolah.

Pendidikan muzium bertujuan untuk mengembangkan minda pelajar terutama dalam subjek Sejarah untuk membuat rujukan silang ke muzium bagi mendapatkan maklumat supaya pelajar tidak terhad dengan merujuk buku teks sahaja.

Dengan adanya program ini, secara tidak langsung dapat mempromosikan muzium dan pakej-pakej muzium kepada pelajar-pelajar dan guru yang turut serta dalam taklimat yang diberikan.

Turut hadir dalam program ini ialah GPK KOKU, puan Norisah binti Abd. Kader Marican.