Pertunjukan Seni Silat dan Permainan Tradisional di Hang Tuah Centre, Duyong

Hits: 4

PERZIM ADAKAN PELBAGAI PROGRAM MENARIK SEMPENA CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah yang bermula hari ini dihiasi dengan pelbagai program menarik dianjurkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) di beberapa buah muzium.

Antara program yang diadakan ialah pertunjukan seni silat dan permainan tradisional di Hang Tuah Centre, Duyong. Pengunjung ke muzium ini dapat menyaksikan persembahan silat selain dapat turut serta dalam bermain dalam permainan tradisional dan berpeluang untuk mendapat hadiah.

Selain itu, di Muzium Orang Asli yang terletak di Ayer Keroh pun tidak kurang sunyinya. Pengunjung yang melawat muzium ini dapat mencuba untuk menyumpit dan mengenali serta bermain alat muzik masyarakat Orang Asli.

Manakala di Muzium Istana Kesultanan Melaka pula, pengunjung yang minat membaca boleh singgah ke muzium ini untuk mendapatkan buku-buku dan bahan bacaan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di kedai lori bergerak Ujana Buku yang dibawa khas dari DBP, Kuala Lumpur.