Mari kunjungi Muzium Sejarah & Etnografi bagi melihat pedang KATANA yang dipamerkan di ruang legar muzium ini.

Hits: 14

Di gambar menunjukkan Drs. Mohd Nasruddin Rahman, Pengurus Besar dan Noor Azimah Md. Ali, Kurator menunjukkan pedang Katana yang baharu siap menjalani proses pemuliharaan yang dilaksanakan oleh kakitangan Perbadanan Muzium Melaka.

* * * * * * * * * *

Katana adalah pedang panjang Jepun yang merujuk kepada pedang satu mata, melengkung yang khusus secara tradisinya digunakan oleh samurai Jepun. Pedang menjadi simbol status, kekuatan spiritual dan juga karya seni yang indah dalam tradisi masyarakat Jepun.

Pedang ini adalah buatan tangan oleh Miyakawa Kanetsugu sekitar tahun 1868-1912 seorang tukang besi terkenal di zaman Meiji berdasarkan inskripsi yang tercatat pada bahagian puting pedang. Pada bahagian hulu pedang ini juga ditampal dengan kulit ikan pari dan kemasan tembaga pada bahagian pemegangnya.

* * * * * * * * * *

Katana is a Japanese long sword, referring to a single-pointed, curved sword traditionally used by Japanese Samurai. The sword symbolizes status, spiritual strength and also beautiful artwork in Japanese tradition. This sword was handmade by Miyakawa Kanetsugu around 1868-1912, a famous blacksmith of the Meiji period based on the inscription inscribed on the holder of the sword. On the upper part of the sword is also pasted the stingray skin and the bronze finish on the handle.