| |
|
Kota/Bukit
Senjuang
Sewaktu
pernerintahan Portugis, mereka telah membina sebuah
rumah ibadat di puncak bukit ini di mana terdirinya
kota yang ada sekarang. Dalam tahun 1628, orang-orang
Acheh dalam salah satu serangan mereka telah menawan
bukit ini dan menjadikannya pusat menyerang askar Portugis
di Bukit China dan berjaya membedil Kota Melaka dari
Bukit China. Nama asal bukit ini adalah Bukit Pipi.
Selepas pembinaan kota yang ada sekarang, bukit ini
berubah mengikut nama Kota. Tangga yang dibina menuju
ke Kota bukanlah sebahagian dari kota tersebut tetapi
dibina oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti. |
|