Laman Utama

 
 
 
 
 
   

 
     Rumah Tradisional Melayu Pondok Kempas

 Rumah Tradisional Melayu Bukit Godek

 Rumah Tradisional Melayu Pengkalan Batu

 Rumahku Muziumku Padang Temu

Rumah Tradisional Melayu Bukit Palah

Rumah tradisional Melayu Melaka sememangnya merupakan daya tarikan kepada para pelancong yang singgah ke Melaka. Sebagai langkah pemuliharaan maka dua buah rumah tradisional yang terdapat di Bukit Palah telah dipilih untuk dijadikan model dan dinaiktaraf. Rumah milik Encik Hamid bin Sidek dan Encik Ariffin bin Ali dipilih berdasarkan kedudukannya yang srategik dan keunggulan senibina rumah Melayu yang telah diwarisinya sejak turun temurun.

Kedua-dua buah rumah Melayu ini dibina sekitar tahun 1923 dan telah melalui beberapa perubahan yang sedikitpun tidak mengganggu ataupun merubah fasad hadapannya. Rumah-rumah ini didapati mempunyai lanskap dan ciri-ciri asal rumah Melayu yang perlu dipulihara mengikut garis panduan yang telah ditetapkan di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya 1988 (Pindaan 1993).

Rumah Melayu ini juga mempunyai daya tarikan yang tersendiri di mana setiap binaan dan struktur asas rumah seperti tiang, bumbung, bendul, tingkap dan tangganya dikatakan dibina dengan mewakili pelbagai maksud yang tersendiri. Bahan-bahan yang digunakan juga adalah terdiri daripada kayu yang mudah diperolehi. Kerja-kerja baiikpulih semula kedua-dua rumah tersebut telah dilaksanakan oleh pihak Perbadanan Muzium Melaka melalui peruntukan Kerajaan Negeri Melaka.

 
       
   
 
 
       
       

 

Maklumbalas  |  Hubungi Kami  |  Peta Laman  |

© Hakcipta Terpelihara
Perbadanan Muzium Melaka