|
Rumah Tradisional
Melayu Bukit Palah
Rumah Tradisional Melayu Pondok Kempas
Rumah Tradisional Melayu Pengkalan Batu
Rumahku Muziumku Padang Temu
Rumah Tradisional Melayu
Bukit Godek
Rumah
milik Encik Yaakob bin Buang dan Puan Zainab bte Mat
Yasin ini yang terletak di 4801 - Batu 3, Jalan Bukit
Godek, Kampung Semabok Dalam ini merupakan salah sebuah
rumah yang mempunyai nilai senibina yang menarik. Rumah
yang telah didirikan lebih kurang 100 tahun yang lalu
telah diduduki oleh beberapa generasi namun keunggulan
senibinanya masih kekal.
Tarikan
utama ke rumah ini adalah rekabentuk rumah Melayu Melaka
yang berserambi dan berbumbung panjang di samping terdapatnya
berbagai bentuk senireka ukiran di sepanjang dinding
rumah ibu.
Kesedaran
dan pengetahuan meluas di dalam pemuliharaan bangunan
telah menanamkan minat yang mendalam untuk turut serta
memulihara dan mengekalkan rekabentuk senibina rumah
tersebut.
Kerja-kerja
pemuliharaan ini telah siap dilaksanakan oleh pihak
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) pada bulan Mac 2002
melalui pembiayaan Kerajaan Negeri Melaka. |